Sejarah Gereja

Sejarah Gereja



A brief history of Miri Diocese Catholic Church






Sejarah ringkas

Terdapatnya hampir 2.6 juta orang penduduk di Sarawak, yang terdiri daripada 26 kumpulan etnik yang berbeza. Kumpulan penduduk bumiputera bukan Islam dipanggil secara kolektif sebagai orang Dayak - yang kebanyakannya beragama Kristian atau mengamalkan kepercayaan animisme - dan mereka merupakan kira-kira 40 peratus daripada penduduk Sarawak. Dua kumpulan etnik yang terbesar dalam komuniti Dayak ialah orang Iban (yang juga dikenali sebagai orang Dayak Laut), yang merupakan lebih sedikit daripada 31 peratus daripada penduduk, dan orang Bidayuh; penduduk yang lain termasuk orang Kenyah, Kayan, Kedayan, Murut, Punan, Bisayah, Kelabit, Berawan dan Penan. Orang Dayak yang tinggal di bahagian pedalaman Sarawak kadang-kadang dipanggil Orang Ulu, atau orang dari kawasan pedalaman. Ahli kumpulan ini biasanya tinggal di rumah panjang dan mengamalkan pertanian pindah; mereka memancing ikan sebagai tambahan kepada makanan jika mereka tinggal berdekatan dengan sungai. Hanya beberapa ratus orang Penan Timur yang terus hidup sebagai orang nomad di hutan hujan.






Orang Cina, lebih kurang 30 peratus, merupakan kumpulan etnik yang kedua terbesar di Sarawak, walaupun mereka sendiri boleh dibahagikan kepada penutur Hakka, Fu-chou (Hokchiu), Kantonis dan Hokkien. Mereka kebanyakannya tinggal di kawasan bandar dan beragama Buddha atau Kristian atau mengamalkan Taoisme.


Bilangan orang Melayu telah meningkat kepada kira-kira 25 peratus daripada penduduk Sarawak. Mereka sebenarnya merupakan kelompok berbagai-bagai jenis orang kerana ramai mungkin berketurunan orang asli yang mula memeluk agama Islam dari abad kelima belas dan menjadi orang Melayu melalui penggunaan bahasa Melayu. Seperti orang Cina, mereka merupakan sebahagian besar daripada penduduk di pinggir laut dan bandar.


Sarawak berada di bawah kawalan longgar Sultan Brunei sehingga James Brooke menjadi gabenor Sarawak pada tahun 1841, dan kemudian dilantik sebagai Raja oleh Sultan pada tahun 1842. Ahli keluarga Brooke memerintah Sarawak - dan dikenali sebagai Raja Putih - sehingga tahun 1946. Selama hampir satu abad itu, keluarga Brooke memerintah bersama dengan orang Melayu tempatan dan orang Melanau, walaupun mereka juga menggunakan orang Dayak sebagai tulang belakang tentera mereka dan menggalakkan orang Cina supaya berhijrah ke kawasan bandar.


Pada tahun 1807, Paus Pius VII mewujudkan Wilayah Hindia Timur, yang dijadikan Wilayah Vikar (Vicariate) oleh Paus Gregory XVI pada 20 September 1842. Wilayah ini merangkumi semua kawasan yang merupakan Indonesia pada masa ini, termasuk bahagian Borneo yang kini membentuk Malaysia Timur dan Brunei.


Pada tahun 1885, Paus Pius IX memisahkan Pulau Labuan dan Borneo Utara (yang merupakan jajahan kebergantungan Inggeris) daripada Wilayah Vikar, menjadikannya sebuah Wilayah Pengawas (Prefecture) dan mengamanahkannya kepada Paderi Carlo Guarteron yang terkenal, seorang bekas lanun.


Pada tahun 1878, Pertubuhan Mill Hill diundang oleh Paus untuk mengambil alih Misi Borneo dan, tiga tahun kemudian, pada tahun 1881, paderi-paderi Mill Hill tiba di Kuching buat pertama kalinya.


Misi katolik yang pertama di daerah Baram adalah di Marudi, sebuah petempatan di tepi Sungai Baram, lebih jauh ke kawasan pedalaman dari Miri. Pentadbiran Brooke mempunyai markas di sana untuk mengawasi puak Kenyah, Kayan dan Iblis yang resah.


Dengan penemuan minyak di pesisir oleh Shell, semuanya berpindah dari Marudi ke Miri. Gereja dan misi juga berpindah pada masa itu, iaitu pada tahun 1912.



Gereja lama didedikasikan kepada St Joseph yang juga merupakan santo penaung paderi Mill Hill. Gereja itu, sesuai dengan seni bina semua bangunan yang berhampiran dengannya, dibuat daripada kayu, dengan atap bilian. Ia dibina oleh Paderi Henry Janson, seorang mubaligh perintis yang hebat dan menurut kata orang, ialah seorang yang betul-betul mengikut ajaran Kristus dan tidak mementingkan hal keduniaan. Walaupun dengan peningkatan permintaan akibat pekerja minyak yang berhijrah dari serata Sarawak, Borneo Utara dan Singapura ke Miri, beliau masih terus menjaga Marudi dan semua rumah panjang di tepi sungai. Dan perkara ini berlaku pada zaman sebelum bot enjin sangkut. Paderi Henry Jansen, seorang mubaligh Mill Hill, merupakan orang yang pertama menjejakkan kaki di sini. Paderi Jansen bukanlah orang baru di Sarawak pada masa beliau mula berkhidmat di Miri pada tahun 1930-an. Beliau dipercayai telah sampai ke pantai Sarawak pada tahun 1900.

Namun demikian, ini bukan salah satu daripada kisah kejayaan biasa. Paderi Henry Janson telah menghadapi tentangan dari para Bomoh atau pendeta yang menyuruh rumah panjang supaya tidak melayan beliau.

Beliau memulakan misi katolik yang pertama di Marudi, kemudiannya di Kampung Kuala Tutoh dan selepas itu di Long Banyok, sebelum menuju ke hulu sungai di Long San dan Lio Mato di hulu Baram. Paderi Henry Janson telah menghadapi tentangan dari para Bomoh atau pendeta yang menyuruh rumah panjang supaya tidak melayan beliau. Tama Bulan Wan, ketua orang Kenyah, menjelaskan kepada Jensen bahawa nenek moyang akan marah jika mereka tidak dihormati seperti yang telah lazim diamalkan dan hal itu akan membawa bencana kepada komuniti tersebut.

Paderi Jansen telah membuat perjalanan di sepanjang anak sungai Baram, bahkan berjalan kaki mendaki gunung untuk sampai ke komuniti Kenyah, Kayan dan Kelabit yang paling terpencil. Mereka didorong oleh kepercayaan mereka kepada Tuhan untuk menyebarkan khabar baik.


Jansen membuat perjalanan selama tiga minggu dengan menaiki perahu panjang ke Long San bersama dengan seorang paderi lain, dan menetap di sana. Jansen sakit pada masa itu. Dan setelah berpuas hati melihat misi ditubuhkan di sana, beliau meninggal dunia tidak lama kemudian (pada tahun 1948).

Seperti yang amat biasa berlaku dalam sejarah mubaligh asing, kejayaannya tercapai tidak lama selepas kematiannya. Beliau dikebumikan di belakang gereja lama di Miri yang dibina olehnya. Kawasan tempat beliau berkhidmat kini merupakan Kawasan Uskup Miri. (Diocese of Miri)




Kemudian pada tahun 1947, berlakunya perubahan hati secara tiba-tiba di kalangan penduduk di hulu Baram. Mereka mengirim permintaan ke hilir sungai agar seorang mubaligh datang dan menjadikan mereka menganut Adat Sebayang, seperti yang dipanggil oleh mereka - Cara Sembahyang.


Temonggong Oyang Lawai Jau, cucu saudara lelaki Tama Bulan, mengingini agar Orang Hulu Sungai berkongsi agama yang sama.


Di Long San, Temenggong (ketua) sendiri yang mengadakan pertemuan semua keluarga untuk mencadangkan agar mereka menganut agama Kristian. Beliau telah bertemu dengan ramai orang Australia selepas pendudukan Jepun di Borneo dan sangat tertarik hati dengan mereka.



Pada tahun 1970-an, misi katolik di Baram dan Long Sanyang yang diketuai oleh mendiang Biskop AD Galvin, pesat berkembang dengan penubuhan bangunan sekolah, sebuah dispensari dan tempat tinggal bagi para paderi, biarawati dan doja gereja lelaki. Misi ini mendapat kemudahan pengangkutan tetap yang membawa barangan dan juga penumpang.

 Fr Janson dengan beberapa Pelajarnya
Julai 1935

Rumah paderi lama Julai 1935


Sekolah berhampiran dengan sekitar
bersebelahan Gymkhana Club Miri


Sekolah lama di Jalan Angsana 

 Kerana kekurangan Bilik Darjah
Pelajar terpaksa menggunakan "New Century Theatre"



Pada tahun 1927, Wilayah Pengawas Hawariun (Prefecture Apostolic) Sarawak dibentuk. Dua puluh lima tahun kemudian, pada tahun 1952, Wilayah Vikar Hawariun (Vicariate Apostolic) Kuching dibentuk oleh Paus dan Msgr. J. Vos ditahbiskan sebagai biskop Katolik yang pertama di Sarawak.


Selepas tamatnya pendudukan Jepun pada tahun 1945, Raja Brooke menyerahkan kedaulatan secara rasmi kepada Kerajaan British pada tahun 1946 dan Sarawak menjadi tanah jajahan British pada tahun 1946, walaupun beberapa ahli dinasti Brooke menentang penyerahannya kepada Britain. Meskipun ditentang oleh sebilangan besar penduduknya, Sarawak telah menjadi sebuah negeri berautonomi dalam persekutuan Malaysia pada tahun 1963.




Pada 19 Disember 1959, Wilayah Vikar Miri (Vicariate of Miri) dibentuk dan, pada tahun berikutnya, Paderi Anthony D. Galvin ditakdiskan sebagai biskop pertama Wilayah Vikar Miri. Beliau ditahbiskan oleh Paus John XXIII di Rom pada 5 Mei 1960. Pada 2 Januari 1966, Paderi Anthony Lee, paderi tempatan Wilayah Vikar Miri, telah ditahbiskan.


Gereja lama telah dirobohkan untuk mendirikan katedral baru pada tahun 1972. Pada 31 Mei 1976, Paus Paul VI membentuk sebuah wilayah Gereja baru di Malaysia Timur dan Wilayah Vikar Miri dinaikkan pangkat kepada Kawasan Uskup.


Pada 5 September tahun yang sama, Biskop Galvin tiba-tiba meninggal dunia semasa bercuti di negara asalnya di England.







Pada 20 Mei 1977, Paus Paul VI melantik Paderi Anthony Lee sebagai biskop pertama Kawasan Uskup Miri. Beliau ditahbiskan sebagai biskop di Katedral St. Joseph, Miri, pada 20 November dan Kawasan Uskup Miri diisytiharkan secara rasmi pada hari yang sama.

Sehingga tahun 2018, terdapatnya 14 buah kariah di bawah Kawasan Uskup Miri -
1. Paroki  St Joseph  Miri
2. Paroki  St Dominic   Taman Tunku
3. Paroki  St Michael   Batu Niah
4  Paroki  Good Shepherd  Marudi
5. Paroki  Church of Holy Family  Lapok
6. Paroki  Blessed Sacrament  Long Lama
7. Paroki  St Anthony  Bintulu
8. Paroki  St  George   Sebauh
9. Paroki  St Peter   Tatau
10.Paroki  St Paul  Long San
11.Paroki  Holy Cross   Asap
12.Paroki  St  Francis Xavier   Belaga
13.Paroki  St Edmund Limbang
14.Paroki  St Martin   Lawas




English 

A brief history


Sarawak has a population of almost 2.6 million, made up of some 26 different ethnic groups. The non-Muslim indigenous groups are collectively called Dayaks – most of whom are Christians or practise animist beliefs – and they account for about 40 per cent of Sarawak’s inhabitants. The two biggest ethnic groups within the Dayak community are the Iban (also known as Sea Dayaks), who constitute just over 31 per cent of the population, and the Bidayuh; others include the Kenyah, Kayan, Kedayan, Murut, Punan, Bisayah, Kelabit, Berawan and Penan. Dayaks who live in the interior of Sarawak are sometimes referred to as Orang Ulu, or people from the interior. Members of this group typically live in longhouses and practise shifting cultivation; they engage in fishing to supplement their diet if they live near a river. Only a few hundred of the Eastern Penan continue to live as a nomadic people of the rainforest.

The Chinese, at around 30 per cent, make up the second largest ethnic group in Sarawak, though they themselves can be subdivided as including speakers of Hakka, Fu-chou (Hokchiu), Cantonese and Hokkien. Most live in urban areas and are Buddhists or Christians or practise Taoism.

The number of Malays has increased to about 25 per cent of Sarawak’s population. They are in fact a heterogeneous group of people since many are probably the descendants of indigenous peoples who started to convert to Islam from the fifteenth century and become Malay through their adoption of the Malay language. Like the Chinese, they constitute a large percentage of the coastal and urban population.

Sarawak was loosely under the control of the Sultan of Brunei until James Brooke became governor of Sarawak in 1841 and was then appointed Rajah by the Sultan in 1842. Members of the Brooke family were to rule Sarawak – and become known as the White Rajahs – until 1946. For much of that century, the Brookes governed with local Malays and Melanau, though they also used Dayaks as the backbone of their army and encouraged Chinese immigration into urban areas.



In 1807, Pope Pius VII erected the Prefecture of the East Indies, which Pope Gregory XVI made a Vicariate on Sept. 20, 1842. This territory embraced all of what is now Indonesia, including the part of Borneo today forming East Malaysia and Brunei.

In 1885, Pope Pius IX separated the Island of Labuan and North Borneo (which were British dependent territories) from the Vicariate, making it a Prefecture and entrusting it to be legendary Father Carlo Guarteron, a one-time pirate.

In 1878, the Mill Hill Society was invited by the Pope to take over Borneo Mission and, three years later, in 1881, the first Mill Hill priests arrived in Kuching.

The first catholic mission to the Baram area was in Marudi, a settlement on the Baram River, further inland from Miri. The Brooke administration had its headquarters there to keep an eye on the restive tribes of the Kenyahs, Kayans and Ibans.
With the discovery of oil on the coast by Shell, everything moved from Marudi to Miri. The Church and mission moved as well dated from this time, 1912.

The old Church was dedicated to St Joseph who was also the patron saint of the Mill Hill fathers. The Church, in keeping with all the neighbouring buildings architecture was made of timber, with bilian atap roof. It was built by the great pioneer missionary Fr Henry Janson and by all accounts a very austere and apostolic man. Even with the increasing demands of the invasion of oil workers from all over Sarawak, North Borneo  and Singapore into Miri, he still continued his care for Marudi and all the longhouses on the river. And this was in the days before the outboard engines. Father Henry Jansen, a Mill Hill missionary was the very first to set foot here. Fr Jansen was not new to Sarawak by the time he started serving in Miri in the 1930’s. He had apparently reached the shores of Sarawak in 1900.

It was not however of of those wonderful success stories. Fr Henry Janson met resistance from the "Bomohs" or priests who intimated the long houses into refusing him basic hospitality. 
He started the first catholic mission in Marudi, then Kampung Kuala Tutoh and then to Long Banyok before making his way upriver to Long San and Lio Mato in the upper reaches of Baram.  Fr Henry Janson met resistance from the "Bomohs" or priests who intimated the long houses into refusing him basic hospitality. The Kenyah Leader Tama Bulan Wan  explained to Jensen that the ancestor would be angry if they were not honored as they always had been and that would bring disaster to the community.

Fr Jansen  travelled up the tributaries of the Baram and went even by foot up the mountains to reach the furthest Kenyah, Kayan and Kelabit communities. They were propelled by their belief in God to spread the good news.

Jansen made the three weeks journey by longboat to Long San with one other priest, taking up residence there. Jansen was sick at the time. And having had the satisfaction of seeing the mission established, he died soon after (in 1948)

As is so common in foreign missionary history his success came not long after his death. He was buried behind the old church in Miri which he built.The area in which he laboured is today the Diocese of Miri.

Then in 1947, there was a sudden change of heart among the people in the upper Baram. They sent requests down river for a missionary to come and convert them to Adat Sebayang, as they called it - the Pray Way.
Temonggong Oyang Lawai Jau, grand nephew of Tama Bulan  wanted the  Upriver People to share the same religion.

“In Long San it was the Temenggong (chief) himself who called a meeting of all the families to suggest that they should become Christian. He had met many Australians after the Japanese occupation of Borneo and was greatly impressed by them.


In the 1970s led by the late Bishop AD Galvin, the catholic mission in the Baram and Long San expanded rapidly with the further establishment of School buildings, a dispensary and accommodation for staff of priests, nuns and lay brothers. The mission was served by regular transportation carrying both freight and passengers.


In 1927, the Prefecture Apostolic of Sarawak was established. Twenty-five years later, 1952 the Vicariate Apostolic of Kuching was erected by the Holy See and Msgr. J. Vos was ordained the first Catholic bishop in Sarawak.

After the end of Japanese occupation in 1945, the Rajah formally ceded sovereignty to the British Crown in 1946 and Sarawak became a British colony in 1946, though some members of the Brooke dynasty resisted its cession to Britain. Despite opposition by a significant proportion of its population, Sarawak became an autonomous state of the federation of Malaysia in 1963.


On Dec. 19, 1959, the Vicariate of Miri was established and, in the following year, Father Anthony D. Galvin was consecrated the first bishop of the Miri Vicariate. He was ordained by Pope John XXIII in Rome on May 5, 1960. On Jan. 2, 1966, Father Anthony Lee, Miri Vicariate's local priest, was ordained.
The old church was  demolished to make a new cathedral in 1972. On May 31, 1976, Pope Paul VI established a new Church province in East Malaysia and Miri Vicariate was raised to the level of a Diocese.

On Sept. 5 of the same year, Bishop Galvin died suddenly while on holiday in his native England.

On May 20, 1977, Pope Paul VI appointed Father Anthony Lee as the first bishop of the Diocese of Miri. He was ordained bishop in St. Joseph's Cathedral, Miri, on Nov. 20 and the Diocese of Miri was officially proclaimed on the same day.

As of  2018 there are 14 parishes under Diocese of Miri -
1. St Joseph Parish    Miri
2. St Dominic Parish  Taman Tunku
3. St Michael Parish  Batu Niah
4  Good Shepherd Parish  Marudi
5. Church of Holy Family  Lapok
6. Blessed Sacrament Parish  Long Lama
7. St Anthony Parish  Bintulu
8. St George Parish  Sebauh
9. St Peter Parish  Tatau
10. St Paul Parish  Long San
11. Holy Cross Parish  Asap
12. St Francis Xavier Parish  Belaga
13. St Edmund Parish Limbang
14. St Martin Parish  Lawas



Compiled by Ben Chang












Diocese of Miri is licensed under a  Creative Commons Attribution-NonCommercial 3.0 Unported License.
Gereja Katolik Miri
contact us