From the Bishop's Desk - Christmas Message 2018
Dear People of God,
May the peace and joy of the new born Child Jesus fill your hearts this Christmas and always.
Christmas is a celebration of God’s everlasting and enduring love for us, his children. God loves us so infinitely that he created this beautiful world including sunshine, moon beam, raindrops, fresh air, oceans, forests, fruit trees, flowers and insects for our happiness and well-being. What an awesome God!
But we are destroying our beautiful world. Recently world leaders, scientists and climate experts met at the UN Climate Conference in Poland to curb global warming and rising temperatures. The main culprit is the emission of greenhouse gases like Carbon Dioxide. Nations must take urgent steps to reduce their Carbon footprint or face the dire consequences of irreversible global warming.
Individual too can take their own small steps to keep temperature rise within the acceptable limit of 1.5C target. Change your diet. Cutting down on red meat reduces your carbon footprint significantly as livestock farming causes more environmental harm than arable. Halving the amount of food wasted would cut the environmental impact of agriculture by 16%.
Using public transport, walking, cycling or using electric cars can reduce CO2 emission. Reduce consumption of energy and plant more trees to absorb CO2. Take small but consistent steps to reduce, reuse, recycle and repurpose to make a difference.
God gave us this lovely world to live in as proof of his enduring love.
May each of us be a responsible steward and take great care of our God given home so that all our future generations may get to enjoy our beautiful world too.
I wish you all a blessed and joyful Christmas.
Bishop Richard
Umat Allah yang dikasihi,
Semoga kedamaian dan kegembiraan Bayi Yesus yang baru dilahirkan memenuhi hatimu pada Hari Krismas ini dan selalu.
Krismas merupakan suatu perayaan cinta Allah, yang kekal abadi, kepada kita, anak-anak-Nya. Allah sangat mencintai kita sehingga Dia mencipta dunia yang cantik ini, yang merangkumi cahaya matahari, sinaran bulan, titisan hujan, udara segar, lautan-lautan, hutan-rimba, pokok buah-buahan, bunga-bunga dan serangga, untuk kebahagiaan dan kesejahteraan kita. Allah kita benar-benar mengagumkan!
Tetapi kita sedang memusnahkan dunia kita yang cantik ini. Baru-baru ini para pemimpin dunia, ahli saintis dan ahli iklim bertemu pada Persidangan Iklim PBB di Poland untuk membendung pemanasan global dan suhu yang semakin meningkat. Penyebab utama masalah ini ialah pelepasan gas rumah hijau seperti Karbon Dioksida. Bangsa-Bangsa mesti mengambil langkah-langkah segera untuk mengurangkan pengeluaran Karbon mereka atau menghadapi akibat-akibat buruk pemanasan global yang tidak dapat dibaiki.
Individu-individu juga boleh mengambil langkah-langkah kecil untuk memastikan bahawa kenaikan suhu tidak melebihi suhu sasaran, iaitu, 1.5 Celsius. Tukarkanlah makanan kamu. Mengurangkan pemakanan daging merah boleh mengurangkan pengeluaran karbon dengan ketara kerana pertanian ternakan menyebabkan lebih banyak bahaya kepada alam sekitar daripada pertanian tanaman. Dengan mengurangkan pembaziran makanan sebanyak 50 peratus, kita boleh mengurangkan kesan pertanian terhadap alam sekitar sebanyak 16 peratus.
Menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan kereta elektrik boleh mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida. Kurangkanlah penggunaan tenaga dan tanamlah lebih banyak pokok untuk menyerap Karbon Dioksida. Ambillah langkah-langkah yang kecil tetapi tekal untuk mengurangkan, mengguna semula, mengitar semula dan mengurus semula untuk mengubahkan keadaan.
Tuhan telah memberi dunia yang indah ini kepada kita sebagai bukti kasih sayang-Nya yang kekal.
Semoga kita, setiap seorang, menjadi pengurus yang bertanggungjawab dan dengan berhati-hati menjaga dengan baik tempat tinggal yang diberi oleh Allah kepada kita supaya semua generasi yang akan datang juga boleh menikmati dunia kita yang indah ini.
Saya mendoakan bahawa Krismas kamu semua diberkati dan menggembirakan.
Bishop Richard.