Diocese of Miri   - Gereja Katolik
Puji ka Apai, ka Anak, ka Roh Kudus. Amin

Church Notices    Tmn Tunku    Bintulu   座堂佈告    Notis Gereja   Log In

KESELAMATAN DALAM GEREJA-GEREJA KITA - BM




View translations  
 Chinese | BM |  Iban | English


10 Mei 2019


KEAMANAN DAN KESELAMATAN DALAM GEREJA-GEREJA KITA

Kepada semua Paderi dan Umat Paroki.

Disebabkan oleh pengeboman Gereja-Gereja Katolik di Sri Lanka baru-baru ini, Cawangan Khas Police Di-Raja Malaysia bimbang akan serangan peniru yang menyasarkan Gereja-Gereja di Malaysia. Seperti yang dinasihatkan, berikut adalah beberapa langkah sekuriti untuk dilaksanakan oleh semua Gereja:

1. Semua Gereja harus pro-aktif dan membentukkan jawatan kuasa keamanan dan keselamatan masing-masing.
2. Jika boleh, kaki tangan—pengawal, warden atau sukarelawan—ditempatkan di pintu pagar dan pintu masuk Gereja.
3. Umat Paroki tidak digalakkan untuk membawa beg galas atau bagasi ke Misa. Sila buat pemeriksaan visual atas beg-beg sedemikian.
4. Jangan tinggalkan beg anda tanpa pengawasan pada bila-bila masa.
5. Semua orang harus berjaga-jaga dan melaporkan individu-individu yang mencurigakan, beg-beg atau pakej tanpa pengawasan kepada paderi, warden-warden atau pasukan keselamatan yang bertugas untuk tindakan selanjutnya.
6. Jika ada orang memakai jaket yang besar atau tebal dan/atau kelihatan mencurigakan, sila tanya soalan dan dapatkan matlumat.
7. Jika terdapat kecurigaan yang kuat, sila hubungi Polis dan jangan biarkan mereka masuk ke Gereja.

Sila ambil perhatian bahawa ini adalah langkah-langkah keselamatan berjaga-jaga dan tidak berkaitan dengan sebarang ancaman sebenar terhadap Gereja. Walaupun kita mesti berhati-hati, namum tidak ada sebab untuk ketakutan atau kepanikan. Kita tidak seharusnya membiarkan ketakutan menguasai kita dan menghalang kita daripada datang ke Misa untuk menyembah Tuhan.


With God’s blessing,

Bishop Richard Ng
Bishop of Miri





Compiled by Ben Chang






Waktu Misa
Cathedral Miri & Lutong
Taman Tunku
Bintulu
Limbang & Lawas
Marudi

Lokasi Gereja







Diocese of Miri is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 3.0 Unported License.
There is no requirement for attribution. You may copy or share it freely.